Kehidupan peribadi Chiwan

Ibu kepada Chiwan, iaitu Rokiah Salam telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 22 Julai 2022 tepat jam 11:05 pagi. Menurut Chiwan, ibunya telah ditidurkan kerana masalah penyakit jangkitan pada paru-paru ibunya sebelum disahkan meninggal dunia. Berita duka itu turut dikongsikan beliau kepada umum melalui aplikasi Instagram. Antara rakan dan artis terdekat yang telah menyampaikan ucapan salam takziah adalah Sharif Zero. [2]